Terma dan Syarat Penggunaan Wisma

Terma dan Syarat Penggunaan Wisma Pengakap Pulau Pinang

  1. Prakata
    Kemudahan ini boleh disewa untuk kegunaan orang awam dengan syarat tidak memberikan gangguan kepada operasi PPMNPP, ahli PPMNPP mempunyai hak prioriti untuk menggunakan. Orang perseorangan, Syarikat, Agensi-Agensi, NGO, Pertubuhan Belia, Pertubhan Unit Peruniform, Sekolah-Sekolah boleh memohon penggunaan dengan mematuhi terma dan syarat.
  2. Kemudahan ini boleh digunakan untuk aktiviti yang tidak menyalahi mana-mana undang-undang Malaysia. Penyewa perlu memastikan bahawa program atau pertunjukan yang dijalankan serta para jemputan tidak menimbulkan kacau ganggu dan tidak mengganggu ketenteraman awam.
  3. Prosedur permohonan:
    1. Memohon menerusi sistem tempahan - http://booking.penangscout.org/wisma/booking
    2. Selesaikan bayaran sewa dan deposit
    3. Mendapat pengesahan dengan Warden Wisma, 2 minggu sebelum acara bermula. Atau semak status -> http://booking.penangscout.org/wisma/status
  4. Bekalan elektrik sedia-ada, bekalan air sedia-ada, dan aset-aset tetap sedia-ada dalam kawasan boleh digunakan. kerja-kerja pembersihan selepas acara adalah dibawah tanggungjawab pemohon. Deposit akan dirampas sekiranya sampah-sarah selepas acara tidak dibersihkan, dan kos tambahan akan dikenakan kepada pemohon.
    1. Bekalan Elektrik Sediada (60A Three Phase)
    2. Bekalan Air Sediada (25mm diameter PBAPP Incoming)
  5. Sepanduk (Banner) / Streamer hanya boleh digantungkan pada tempat yang ditetapkan. Pengantungan sepanduk di luar kawasan adalah tanggungjawab pemohon dengan pihak berkuasa tempatan. Sepanduk yang digantungkan perlu ditanggalkan selepas acara.
  6. Pemohon perlu memastikan kebersihan, kekemasan, dan susunan kemudahan tesebut. Deposit akan dirampas sekiranya didapati kerosakan, dan kos tambahan akan dikenakan kepada pemohon.
  7. Dilarang merokok dalam kawasan kemudahan. Wisma Pengakap Pulau Pinang adalah kawasan larangan merokok.
  8. Hiasan di dalam kawasan kemudahan (sekiranya perlu), adalah tanggungjawab pemohon. Dilarang menebuk, mengerudi pada sebarang dinding atau struktur bangaunan. Dilarang membuat sebarang pendawaian dalam kawasan tanpa kebenaran. Sekiranya perlu bekalan elektrik tambahan, pemohon perlu mengurusan sendiri penyewaan set penjana kuasa.
  9. Sebarang sampah-sarap selepas acara sila urusan, dan tidak dibenarkan meletakkan dalam kawasan kemudahan.
  10. Pihak PPMNPP tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan atau kemalangan yang berlaku sepanjang tempoh penggunaan.
  11. Semua peraturan dan syarat-syarat ini adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa. Hak PPMNPP terperlihara.

Print