Pusat Kecemerlangan Pengakap Pulau Pinang (PusKeP)
Latar Belakang
Pusat Kecemerlangan Pengakap Pulau Pinang (PusKeP) terletak di Pinggir Pantai Taman Robina, Teluk Air Tawar, Seberang Perai Utara.
Pusat ini sebelum dikenali sebagai Pusat Bina Diri Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Taman Robina, Teluk Air Tawar. Pada 26 Disember 2020, secara rasminya telah diserah pengurusannya kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang.
Penyerahan kunci dan penukaran perjanjian daripada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang oleh Pengarah MSNPP En Harry Chai Heng Hua kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang oleh Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin pada hari tersebut.
Kemudahan:
Keluasan Keseluruhan : 60,000kaki persegi (Berpagar)
Dewan (4,000kaki persegi), Tandas (Lelaki & Perempuan), Stor, Dapur, Kemudahan Halangan Komandor, Khemah (Lelaki & Perempuan), Tempat Letak Kenderaan (Di TLK Taman Robina)
Lain-lain Berhampiran: Gerai Makan Taman Robina, Taman Eko Pantai Robina.
Peta tapak:

Warden PusKeP:
Encik Panther Loo Ching Chong
Foto: